Thursday, September 29, 2011

SaYa..MungKin...Suka..MeraJUk.....TaPi..SayA...SaYang..KaN AwaK....




Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.


Mengapa wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb
osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.


*Ni lInk...dImaNa...sYa JumPa...ArTikaL..diAtas...-----http://supervain.com/2008/11/13/kenapa-wanita-merajuk/

*....sYa..rs ArtiKal ni..BrGuna..Utk SsaPe...y Ad...psaNGan HIdUp..huhuh..

Kesimpulan dari apa yang saya baca ialah kenapa Hawa dijadikan oleh Allah SWT dari rusuk kiri Adam?…..dekat dengan hatinya..untuk apa?..bukan di kakinya untuk dijadikan pengalas..bukan di kepalanya untuk dijunjung..tetapi dekat dengan hatinya untuk disayangi..untuk dilindungi..wanita rasa selamat bila berada disisi lelaki (suaminya)…kenapa ciptaan wanita itu begitu hebat oleh Allah SWT?.. kerana wanita umpama rusuk yang bengkok itu…lelaki yang perlu melenturnya..membelainya..tidak mengasarinya..dalam apa juga hubungan samada perkahwinan dan juga ketika bercinta..kerana jika seorang lelaki (suami) mengasari..berkeras..maka wanita (isteri) akan patah sama sekali..menjadi semakin teruk…langsung tidak dapat menyambungnya… itu lah peranan suami (lelaki) dalam memberi perlindungan, pendidikan, bimbingan kepada isteri (wanita) yang dikasihi..jadi kaum lelaki..sayangilah wanita…kerana ciptaan seorang wanita itu sangat istimewa…….

KeRetA...PenSyaRAh???Or KeTa KaMi? HeHeHee


GeLagat....GurL2 & BOy2....hehehe......uCu & BabY......Abis jaK prsnttion...BUku Hijau.....KitroRg.....Trs...Jln2..........- Jln2..CarI mamam...TaPi...tjMpa..lak>ngn....Recycle BiN....huhuhu.......

aikS....nak tnya soalan....korang rs...drpd pict. ni....apa y korang ble conclud. kan ea..?hehheheehheeehehe :3
(xsangKa....Org yg amIk...pict...Pun..ble Nmpk.....)
wOw...kereTa idaMan KU.......smGa...mjD kenyataan...aMIn... KnP mestI angKt kaKI?huhuh tuan PnYa BdN pUN xDe jwPn.....
juTawan......KartHik ...TahNIah..anDa bJaya....Dlm PrtanDinGan..MeMasaK iKan Keli....heheh
HadiaH yanG BakaL di Bwa Plg --- MeMBUka Pintu keta PsyArAh.....:p... ( hebat mcm haK mIlik SndIri)
KauM2 Gurl2..mMg suKe keta WrnA putih..hehe..HeBat berGaye.....PEace....< trademrk...y Xle DipIsaH kan.....

ehehehe..JgN heraN ea...Keta KitaoraNG smu Sme....Buy frEE...3...heBat x....?.....PApew pUn...KOrraNNG...MMg cOOl.........


PesAnan...: TerIma kaSih...kPD InsaN emPUNya kerETA.....KiTaOrng ni... MOdellg Part Time...hehehehe....sewA keTa...Tuk Take pic....:P

Wednesday, September 28, 2011

DeBaran.....Sang PePeriksaAN..



Good luck…to all my frenz….expclly….DPT..03…..muah vvv



Motivasi Hadapi Saat-saat Peperiksaan

Peperiksaan bertandang lagi pada sudut akhir pembelajaran. Tanpa peperiksaan, terasa amat kabur kualiti ilmu kita selama ini. Tanpa peperiksaan juga, mungkin kesahihan dalam pengkajian ilmu kita selama ini tidak dapat diperbetul. Jadi usah pandang peperiksaan itu sebagai musuh yang dapat menghancurkan masa lapang anda.



Untuk para pelajar yang akan diperiksa ilmunya, di waktu ini anda akan sibuk membaca buku sambil sekali sekala menjeling entry post saya ini. Tidak mengapa. Dalam kadar masa 5 minit ini saya mahu kongsikan bersama anda satu teknik membakar semangat di musim peperiksaan. (Dan sememangnya semangat terhadap pelajaran mula membakar di waktu peperiksaan, tidak diwaktu lainnya - maaf jika gurisan itu timbul dihatimu..)Ciptakan satu ayat PANAS yang memang anda tidak boleh duduk senang setelah membacanya WALAUPUN hanya sekali! Ingat ya.. ayat PANAS, bukan ayat GANAS.. Bina satu ayat yang dapat menakutkan anda sekiranya anda tidak lulus peperiksaan.

Sebagai contoh "Jika aku tidak lulus pada tahun terakhir ini, kekasih ku nekad untuk berkahwin dengan orang lain" Barangkali ini tidak sesuai. Cuba pula yang ini.. "Jangan kerana aku lalai sesaat, aku terpaksa menunggu setahun lagi untuk menduduki peperiksaan ini". Ini sesuai untuk mereka yang mengikuti peperiksaan mengikut fasal, atau tahun. Di Universiti alAzhar ini contohnya, andai anda gagal 3 mata pelajaran sahaja pun, anda layak menerima satu tahun tambahan semata-mata untuk meluluskan 3 mata pelajaran yang gagal. Jadi ayat ini amat sesuai. Ciptakan apa saja yang membuatkan anda tidak senang duduk setelah membacanya. Lekatkan di dinding, di daun pintu almari, di tulis di telefon bimbit dan di mana saja yang di rasa mudah terlihat.

InsyaAllah, di musim peperiksaan, tingkatkan motivasi anda pada setiap saat. Sama ada memberikan motivasi atau pun menerima nasihat dari orang lain terutamanya mutiara kalam ulama-ulama. Ingatlah dahulunya mereka juga seorang pelajar!

sumber : http://muhrizrahmat.blogspot.com/2009/04/motivasi-hadapi-saat-saat peperiksaan.html

....DoA seOraNg KeKasIH....



سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ya Allah, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

amin................



Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya...

Wednesday, September 21, 2011

DinNer DPT ( Diploma Pertanian ) UPMKB



wow...hero..hindustan.....da jd pari2...hehehe...( kiri : atip, eyza dan karthik ) muka hero hindustan..len mcm je...




























Ni pulak rock star DPT...diketuai - Abg Zack...dan konco2 ny....
Kimi (misaie) dan Amin..( ala2..hip-pop gtu).







Gelagat 4 org gadis...hehehe...sorang tu siap bgaya mcm yuna...hhahaha
haah siap pegang gitar lg...(pandai main ke??)











Comel2....senior DPT 03 ...hehehe.....
(dari kiri : Moyo ( artis tu ), ain, junab , zyNena dan Eyza. )















wah...gaya a go-go....nano dan atip..pasangan y. sangat sporting...hehehe...nano bakat terpendam...tu.

Sunday, September 18, 2011

NaIk....KaPal..Laut...(jaKUn..) hehe





PenGalamAn yang Tidak DapaT diLUpakan...1sT time, naIk kaPal laUt besaR.....
BesAr darI Feri...huhuhuhu..Mcm Naik "CRUSS"..... memang terkejut sangat, kaT luaR kaPal tu NampaK biaSa je....TaPi kat DalAm maCam hotel.....HeBat kan....?!




tIme kat Atas kaPal tu, Rse Mcm jadI lanun lak..heheh..ye la kan....1st time....(jakun) :p
byk PictUre yang Kitaorg amik.....taPI sYa x semPat nAk upload...... Line Internet tgnggu..heheh < fhm2 la...



tapi Kan...sYa mMg kaGUm...Sangt....coZ.....Org2 kat Dlam KapAl tu....Ble Tahan duk Kat laut ( dalam kapal la) selama 6 - 9 bulan...huhuhu...laMe tu nak Jmpa darat.....

kalo Sya...comfom...xtahan.....3 jam dLm kapAL tu...syA da "Mabuk"...rasE naK carI daraTan je.....well...MasINg2 Ad...kelEmahAn maSIng2....





ni Nak citer Sal orG Dalm kaPal tu Plk....- diorang memmg sporting sangat2......baik....peramah...n paliNg peNting xkeDekut iLmu ngn Kitaorg yang Still br bljar Ni....
mCm2 kitaorang tNYa......











psal peta lA....itu la....INila....hehehe...tp,....1 benda pun sYa xFahm...hehe well....bUkan seNang nak blJar...sMU tu dlm msa 3 jam...btl x??






Buat..saNtapan koraNG smu....tgk2 LA gmBr tu ea.....hehehe...Thanks....for..aLL my deAr friend's..
Eyza, farahain, wawa, atip N Junab..

CIRI-CIRI INSAN YANG CEMERLANG


Kejayaan pejuang dan cendikiawan Islam dalam menguasai ilmu dan mempraktikan ilmu yang dimiliki, telah terbukti dalam sejarah Islam, ianya telah mencipta sejarah kecemerlangan hingga di guna pakai sehingga ke hari ini. Tokoh-tokoh yang telah berjaya ini mempunyai sifat cemerlang yang tiada tolak bandingnya. Terdapat beberapa ciri penting sifat kecemerlangan mereka ialah :

1.Niat yang Betul.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “ Setiap amalan adalah dengan niat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Sayyidina Umar al-Khattab)

Oleh itu kalian harus sentiasa memasang dan membetulkan niat sebelum memulakan apa jua pekerjaan, samaada yang berbentuk ibadah atau pun amal kebiasaan. Niat ini adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

2.Ada Wawasan dan Matlamat.

Kalian perlulah meletakkan wawasan dan matlamat dalam hidup. Matlamat bersih dan jalan untuk mencapai matlamat tersebut juga mesti bersih. Kalian tidak boleh menggunakan kaedah, ‘Matlamat boleh menghalalkan cara’. Kalian terikat dengan peraturan dan hukum Islam. Matlamat dunia kalian mestilah berkaitan dengan kehidupan di akhirat.

3.Berani dan Sanggup Berkorban.

Tokoh-tokoh Islam terdahulu sanggup untuk bersusah payah menuntut ilmu bermusafir beribu-ribu batu untuk berguru dengan guru-guru mursyid. Sultan Sallehudin al-Ayubi berjuang berkali-kali baru dapat mengalahkan tentera Salib dan menawan semula Palestin dan Sultan Muhammad al-Fateh pula berjaya menawan Kota Istanbul setelah mencuba beberapa kali. Khalid al-Walid mengharungi 100 peperangan dan membunuh lebih 5000 orang musuh dalam perang Yarmuk.

4.Sentiasa Menambah Ilmu.

Bagaimana tokoh terdahulu menguasai ilmu pengetahuan? Imam Bukhari dan Imam Muslim menguasai ratusan ribu hadis disertai dengan menghafal perawi-perawinya. Bagaimana Imam Ahmad bin Hambal memberi fatwa kepada 60,000 masaalah dengan disertai dalil.

5.Memberi Tumpuan (fokus).

Kalian hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang sedang dilakukan.Kuasa tumpuan (fokus) mampu menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Contohnya lihat sahaja Jabir bin Abdullah sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari sepotong hadis.

6.Daya Tahan yang Tinggi.

Untuk berjaya perlu bekerja dengan lebih keras dan komited. Jangan cepat menyerah kalah. Gunakan masa hingga ke tahap maksima dan hendaklah sentiasa istiqamah dan berterusan.

7.Memiliki Sifat-sifat Mahmudah.

Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, perkara yang paling penting kalian hendaklah mendidik dan memperbaiki diri kalian hingga ketahap memiliki sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat warak, sabar, amanah, jujur, ikhlas dan syukur pada masa yang sama membuangkan sifat-sifat mazmumah iaitu sifat suka marah, hasad dengki, ujub, riak, sombong dan takabur. Tanpa adanya sifat-sifat yang mulia ini tidak mungkin kalian akan mampu menjadi cemerlang, ini adalah kerana sifat-sifat yang keji atau mazmumah adalah sifat negatif yang akan mendorong kepada kegagalan dan kekecewaan.

Akhir kata jadikanlah diri kalian insan cemerlang di dunia ini dengan mendapat kejayaan dalam kerjaya dan perjuangan hidup dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Dan juga menjadi insan cemerlang di hari Akhirat dengan dikurniakan-Nya balasan Syurga dan di jauhi dari siksaan Neraka.

Oleh: Abu Basyer

~ MaRi lah KitA...BerHijraH menJadI insAn Yg CeMerlang....

~ CEo

Tuesday, September 13, 2011

I LOVE MY FRIEND'S

kehidupan ku di UPMKB......bersama rakan2 ku...hidup gembira..walaupun, assignment....berlambak.....hati masih boleh tergelak...bibir masih mampu mengukirkan senyuman.
.....
indah nya..kehidupan..

Melihat serangga dengan menggunakan mikroskop...itu la...hobi kami....:p....(konon ny..) sebenarnya...hobi 4 sekawan ni....ialah......."TAKE A PICTURE"....pantang nampak...kamera...ada je...muka...4 sekawan ni........

.........

walaupun...senyuman terukir di bibir....namun dihati...sangat merindukan kampung halaman masing2....yela kan...hidup berjauhan..dipisahkan oleh laut china selatan.......rindu pun seperti ombak.....sentiasa bergelora....cewah......?!....hehehehe

.......

wahai teman2 ku...@ adiq2 ku..yang comel.....sama2 la kita berjuang.....pastikan apa yang kita cita2kan tercapai....

......

maaf sekiranya, selama berkawan akak ada buat kesilapan...manusia tidak semua sempurna..
impian kita semua sama.....iaitu BERJAYA..

all the best....for final exam....











suKa...SaYanG...CiNta

Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu
sendiri.

Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan
bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"

Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"

Saat kau mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan
menggenggam erat tangannya...

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata "Sudahlah, jgn menangis."

SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dibahumu
sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "

SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan
dan menawan."

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan
matamu.

CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,"Buatku dia adalah
anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."

Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu,maka kau akan marah dan
tak mau lagi bicara padanya.

Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu,engkau akan menangis
untuknya.

Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu,kau akan berkata,"Tak apa
dia hanya tak tau apa yang dia lakukan."

Pada saat kau suka padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau sayang padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kau cinta padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan
tulus...

SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.

SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

CINTA adalah kau akan menemaninya tak peduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

INDAHNYA PERASAAN INI.....