Sunday, October 14, 2012

Insan yang dicintai ALLAH S.W.T.

Kasih sayang dan Keredaan-nya.

Bagaimana untuk mendekatkan diri kepada ALLAH? kita semua mengetahui untuk mendekatkan diri dengan-nya kita perlu melakukan segala suruhan-nya dan meninggalkan segala larangannya. Tetapi adakah kita ( umat manusia ) sedar segala kenyataan ini telah diabaikan?  Saya ingin berkongsi dengan pembaca semua bahawa saya telah membaca buku yang menguraikan mengenai " AMALAN MERAIH GANJARAN PAHALA ". Saya amat tertarik dengan sudut - Bagaimana untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.
Dengan ini saya kongsikan buat pembaca yang disayangi :).

  1. Kita perlu mempelajari bagaimana mencari ganjaran pahala di sisi ALLAH.
  2. Kita perlu merancang kebahagiaan untuk hari akhirat kita sebagaimana kita merancang untuk kebahagiaan hidup di dunia.
  3. Kita perlu mengetahui apakah amalan yang baik, waktu dan masa yang sesuai serta pemberian yang baik untuk kita lakukan atau berikan kepada rakan-rakan dan keluarga kita.
  4. Kita perlu mengetahui apakah amalan yang utama dan ganjran pahala yang besar serta cara memperolehnya.
  5. Kita perlu mencari dan berdamping dengan orang yang sering melakukan kebaikan dan kita perlu membina hubungan baik bersama mereka, mengambil pengajaran dan manfaat daripada mereka, bertanya mereka dan belajar daripada mereka cara untuk mendekatkan diri kepada ALLAH sehingga kita dikasihinya.
  6. Kita perlu bersiap sedia dalam beramal dengan meminta panduan daripada mereka yang suka beramal untuk akhirat sebagaimana kita bersiap sedia untuk dunia kita dengan meminta panduan daripada orang untuk urusan dunia kita. Apabila kita sentiasa bertanya dan meminta panduan daripada orang yang suka beramal dengan cara mengkaji dan mempelajari, semua itu memperelokkan amalan kita.
  7. Kita perlu sentiasa mengadakan peruahan dalam hidup kita sebagaimana kita sentiasa menukar barang-barang keperluan hidup duniawi seperti perabot rumah, pakaian dan sebagainya.
  8. Kita perlu mengubah niat kita dan belajar bagaimana mendapatkan ganjaran pahala dalam segala perbuatan sama ada kecil ataupun besar, semasa kita gembira ataupun marah, semasa kita tidur ataupun tejaga, semasa makan, pergi dan pulang dan dalam segala amalan dan tindakan kita.
Disini saya dapat simpulkan bahawa, setiap amalan yang kita lakukan dalam hidup mestilah berasakan kepada niat dan tujuan amalan tersebut. Menunaikan kawajipan untuk rutin kehidupan dan diri sendiri boleh menjadi suatu ibadah dan mendapatkan pahala seandainya niat melakukan kerana ALLAH SWT. Begitu mudah untuk mendapatkan pahala daripadanya subhanallah..

LaYak Kah HaWa menJadi PermaIsuRi diHati AdAM?

Perempuan : saya tidak layak untuk awak.

Lelaki : Kenapa?

Perempuan : Awak dari kalangan orang baik-2.. Sedangkan saya tidak.


Lelaki : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?

Perempuan : Awak pintar, awak ada banyak peminat.

Lelaki : Peminat? Saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Perempuan : Saya juga tidak terlalu arif dalam ilmu agama.

Lelaki : Kita boleh mendalaminya bersama-2, itu tanggungjawab saya membimbing awak.

Perempuan : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka.

Lelaki : Tuhan marah mendengar perkataan awak tadi. sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.

Perempuan : awak ini kenapa? kan saya kata saya ni tidak layak untuk jadi isteri awak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.

Lelaki : Perbezaan tu yang akan membuat kita lengkap.

Perempuan : Awak terlalu sempurna.

Lelaki : Belum. Tapi akan sempurna jika awak ada.

Perempuan : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.

Lelaki : Seribu kuntum bunga pun tak mampu membuat awak berlembut juga?

Perempuan : Temuilah wali saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta awak, jika awak benar inginkan saya, assalamualaikum..

saya sayang awak sangat2♥♥





HikMah KeWujudaN CinTa ~ HarGai CinTa

1. Cinta adalah proses ujian yang keras dan pahit dalam kehidupan manusia. Ujian itu terjelma dalam
rangkaian perjalanan yang ditempuh cinta dalam kehidupan.

2. Keberadaan cinta yang mendasar dalam diri manusia termasuk motivasi terbesar dalam
memakmurkan dunia dan membangun peradapan yang tinggi serta mengatur problematika
kehidupan.

3. Cinta merupakan faktor dominan dalam melestarikan eksistensi manusia dan landasan interaksi antar
mereka, guna mengambil manfaat dari peradaban umat lain.

4. Ketika cinta diarahkan untuk kebaikan dan dijadikan sebagai sarana yang mendatangkan manfaat,
maka cinta akan mampu memperkuat ikatan kekeluargaan dan persatuan.

5. Cinta yang didasari kemanan apabila di padukan dengan keceriaan hati akan menimbulkan berbagai
hal yang mengagumkan. Cinta yang demikian itu mampu mengubah perjalanan sejarah,
menegakkan istana kemuliaan di seluruh alam.