Kasih sayang dan Keredaan-nya.
Bagaimana untuk mendekatkan diri kepada ALLAH? kita semua mengetahui untuk mendekatkan diri dengan-nya kita perlu melakukan segala suruhan-nya dan meninggalkan segala larangannya. Tetapi adakah kita ( umat manusia ) sedar segala kenyataan ini telah diabaikan? Saya ingin berkongsi dengan pembaca semua bahawa saya telah membaca buku yang menguraikan mengenai " AMALAN MERAIH GANJARAN PAHALA ". Saya amat tertarik dengan sudut - Bagaimana untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.
Dengan ini saya kongsikan buat pembaca yang disayangi :).
- Kita perlu mempelajari bagaimana mencari ganjaran pahala di sisi ALLAH.
- Kita perlu merancang kebahagiaan untuk hari akhirat kita sebagaimana kita merancang untuk kebahagiaan hidup di dunia.
- Kita perlu mengetahui apakah amalan yang baik, waktu dan masa yang sesuai serta pemberian yang baik untuk kita lakukan atau berikan kepada rakan-rakan dan keluarga kita.
- Kita perlu mengetahui apakah amalan yang utama dan ganjran pahala yang besar serta cara memperolehnya.
- Kita perlu mencari dan berdamping dengan orang yang sering melakukan kebaikan dan kita perlu membina hubungan baik bersama mereka, mengambil pengajaran dan manfaat daripada mereka, bertanya mereka dan belajar daripada mereka cara untuk mendekatkan diri kepada ALLAH sehingga kita dikasihinya.
- Kita perlu bersiap sedia dalam beramal dengan meminta panduan daripada mereka yang suka beramal untuk akhirat sebagaimana kita bersiap sedia untuk dunia kita dengan meminta panduan daripada orang untuk urusan dunia kita. Apabila kita sentiasa bertanya dan meminta panduan daripada orang yang suka beramal dengan cara mengkaji dan mempelajari, semua itu memperelokkan amalan kita.
- Kita perlu sentiasa mengadakan peruahan dalam hidup kita sebagaimana kita sentiasa menukar barang-barang keperluan hidup duniawi seperti perabot rumah, pakaian dan sebagainya.
- Kita perlu mengubah niat kita dan belajar bagaimana mendapatkan ganjaran pahala dalam segala perbuatan sama ada kecil ataupun besar, semasa kita gembira ataupun marah, semasa kita tidur ataupun tejaga, semasa makan, pergi dan pulang dan dalam segala amalan dan tindakan kita.
Disini saya dapat simpulkan bahawa, setiap amalan yang kita lakukan dalam hidup mestilah berasakan kepada niat dan tujuan amalan tersebut. Menunaikan kawajipan untuk rutin kehidupan dan diri sendiri boleh menjadi suatu ibadah dan mendapatkan pahala seandainya niat melakukan kerana ALLAH SWT. Begitu mudah untuk mendapatkan pahala daripadanya subhanallah..


No comments:
Post a Comment