Sunday, October 14, 2012

Insan yang dicintai ALLAH S.W.T.

Kasih sayang dan Keredaan-nya.

Bagaimana untuk mendekatkan diri kepada ALLAH? kita semua mengetahui untuk mendekatkan diri dengan-nya kita perlu melakukan segala suruhan-nya dan meninggalkan segala larangannya. Tetapi adakah kita ( umat manusia ) sedar segala kenyataan ini telah diabaikan?  Saya ingin berkongsi dengan pembaca semua bahawa saya telah membaca buku yang menguraikan mengenai " AMALAN MERAIH GANJARAN PAHALA ". Saya amat tertarik dengan sudut - Bagaimana untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.
Dengan ini saya kongsikan buat pembaca yang disayangi :).

  1. Kita perlu mempelajari bagaimana mencari ganjaran pahala di sisi ALLAH.
  2. Kita perlu merancang kebahagiaan untuk hari akhirat kita sebagaimana kita merancang untuk kebahagiaan hidup di dunia.
  3. Kita perlu mengetahui apakah amalan yang baik, waktu dan masa yang sesuai serta pemberian yang baik untuk kita lakukan atau berikan kepada rakan-rakan dan keluarga kita.
  4. Kita perlu mengetahui apakah amalan yang utama dan ganjran pahala yang besar serta cara memperolehnya.
  5. Kita perlu mencari dan berdamping dengan orang yang sering melakukan kebaikan dan kita perlu membina hubungan baik bersama mereka, mengambil pengajaran dan manfaat daripada mereka, bertanya mereka dan belajar daripada mereka cara untuk mendekatkan diri kepada ALLAH sehingga kita dikasihinya.
  6. Kita perlu bersiap sedia dalam beramal dengan meminta panduan daripada mereka yang suka beramal untuk akhirat sebagaimana kita bersiap sedia untuk dunia kita dengan meminta panduan daripada orang untuk urusan dunia kita. Apabila kita sentiasa bertanya dan meminta panduan daripada orang yang suka beramal dengan cara mengkaji dan mempelajari, semua itu memperelokkan amalan kita.
  7. Kita perlu sentiasa mengadakan peruahan dalam hidup kita sebagaimana kita sentiasa menukar barang-barang keperluan hidup duniawi seperti perabot rumah, pakaian dan sebagainya.
  8. Kita perlu mengubah niat kita dan belajar bagaimana mendapatkan ganjaran pahala dalam segala perbuatan sama ada kecil ataupun besar, semasa kita gembira ataupun marah, semasa kita tidur ataupun tejaga, semasa makan, pergi dan pulang dan dalam segala amalan dan tindakan kita.
Disini saya dapat simpulkan bahawa, setiap amalan yang kita lakukan dalam hidup mestilah berasakan kepada niat dan tujuan amalan tersebut. Menunaikan kawajipan untuk rutin kehidupan dan diri sendiri boleh menjadi suatu ibadah dan mendapatkan pahala seandainya niat melakukan kerana ALLAH SWT. Begitu mudah untuk mendapatkan pahala daripadanya subhanallah..

LaYak Kah HaWa menJadi PermaIsuRi diHati AdAM?

Perempuan : saya tidak layak untuk awak.

Lelaki : Kenapa?

Perempuan : Awak dari kalangan orang baik-2.. Sedangkan saya tidak.


Lelaki : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?

Perempuan : Awak pintar, awak ada banyak peminat.

Lelaki : Peminat? Saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Perempuan : Saya juga tidak terlalu arif dalam ilmu agama.

Lelaki : Kita boleh mendalaminya bersama-2, itu tanggungjawab saya membimbing awak.

Perempuan : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka.

Lelaki : Tuhan marah mendengar perkataan awak tadi. sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.

Perempuan : awak ini kenapa? kan saya kata saya ni tidak layak untuk jadi isteri awak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.

Lelaki : Perbezaan tu yang akan membuat kita lengkap.

Perempuan : Awak terlalu sempurna.

Lelaki : Belum. Tapi akan sempurna jika awak ada.

Perempuan : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.

Lelaki : Seribu kuntum bunga pun tak mampu membuat awak berlembut juga?

Perempuan : Temuilah wali saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta awak, jika awak benar inginkan saya, assalamualaikum..

saya sayang awak sangat2♥♥





HikMah KeWujudaN CinTa ~ HarGai CinTa

1. Cinta adalah proses ujian yang keras dan pahit dalam kehidupan manusia. Ujian itu terjelma dalam
rangkaian perjalanan yang ditempuh cinta dalam kehidupan.

2. Keberadaan cinta yang mendasar dalam diri manusia termasuk motivasi terbesar dalam
memakmurkan dunia dan membangun peradapan yang tinggi serta mengatur problematika
kehidupan.

3. Cinta merupakan faktor dominan dalam melestarikan eksistensi manusia dan landasan interaksi antar
mereka, guna mengambil manfaat dari peradaban umat lain.

4. Ketika cinta diarahkan untuk kebaikan dan dijadikan sebagai sarana yang mendatangkan manfaat,
maka cinta akan mampu memperkuat ikatan kekeluargaan dan persatuan.

5. Cinta yang didasari kemanan apabila di padukan dengan keceriaan hati akan menimbulkan berbagai
hal yang mengagumkan. Cinta yang demikian itu mampu mengubah perjalanan sejarah,
menegakkan istana kemuliaan di seluruh alam.
 

 

Monday, October 17, 2011

PUTUS CINTA....??

ASSALAMMUALAIKUM......

Wahai remaja zaman teknologi....perlu ke kita rosak kan diri kita bila "PUTUS CINTA"?? korang tak ingat ke pesan ibubapa korang. Tak sayang ke kat IBUBAPA korang? atau korang lebih sayang Pakwe/ Makwe korang? rosakkan diri sendiri bukan jalan yang terbaik. Yang pergi biar kan pergi, mungkin si dia bukan jodoh kita. Kita kena redha dengan apa yang berlaku, mungkin setiap apa yang berlaku ada hikmah-nya.


Punca2 putus cinta :-
  1. cemburu.
  2. curang.
  3. tidak serasi.
  4. jarak antara dua insan.
  5. kematian.
  6. pentingkan diri sendiri.
Bagi insan2 yang tak berfikir panjang, aktiviti yang selalu dilakukan lepas putus cinta ialah :-

  1. menanggis.
  2. bunuh diri ( ingat !!! ini ditegah oleh agama )
  3. lupa matlamat hidup.
  4. berkurung kat dalam bilik.
  5. makan tak kenyang, mandi tak basah.
  6. buang barang2 yang ada kaitan dengan si dia.
  7. maki hamun ex-GF or ex-BF.
  8. dll.

Kesan "putus Cinta" boleh buat seseorang tu hancur. Hebatnya cinta...

Di sini saya ingin kongsikan salah satu kata yang pernah disampaikankan malaikat jibrail kepada nabi junjungan muhammad saw yang lebih kurang berbunyi,

“Cinta dan sayangilah kekasihmu sepuas- puasnya tetapi INGAT kamu pasti akan berpisah dengannya”..

Pencinta sekalian, baris ayat diatas sudah cukup membuktikan bahawa perpisahan pasti tiba! cuma waktu dan ketika perpisahan tiba hanya tuhan yg tentukan. Kita sebagai insan hanya mampu berdoa dan berusaha.


P/s : bila putus cinta..jangan sesekali simpan perasaan benci pada EX-BF atau EX-GF anda. Berilah kemaafan sesungguh nya kemaafan itu, mampu membuatkan suatu hubungan itu kembali jernih.

kepada kaum boy2, tolak ansur lah dengan kaum gurl2..mungkin kamu rimas dengan perhatian mereka...cuba faham hati mereka. gurl2 ni hati lembut. bila da sayang mereka akan jaga semua kperluan kaum boy2. plz. hargai..boy2..even masakan gurl2 x sedap mcm mskn mak boy2...cube hargai...n

kepada kaum gurl2, kesabaran tu penting. keegoan boy2 memang tinggi. kalah tinggi gunung evrst..so gurl2 kena sbr n fhm. n yang paling penting. jangan ubah diri kamu untuk orang lain.

pesanan ni untuk semua...tak kira boy2 or gurl2...

- sayangi orang tu seada nya.
- jangan sesekali maki hamun pasangan kita.



"INGAT LAH ORANG YANG TERSAYANG"

Monday, October 10, 2011

K.U.C.I.N.G.....MEOW..




Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.



nantikan citer yang seterusnya.......jeng2...meow2...


PeSaNan BuaT SaNg peCinta..



Setiap pertemuan dan perpisahan Allah swt yang tentukan. Cinta itu tersangatlah indah jika diberikan dengan hati yang ikhlas dan niat yang betul. Apabila adam melamar hawa untuk dijadikan permaisuri dihatinya....Ya Allah....suatu yang indah dan amat bererti buat hawa.



✦✦ Akhi...Ku tunggu Pinangan mu…✦✦

Akhi..

Jangan engkau puja dan puji diriku bila pujianmu hanyalah janji-janji yang tak menentu. Hanya membuatku terlena dan terbuai hingga lupa bahawa kita sedang bermaksiat. Kau puji diriku, tapi kau hanya ingin membuatku tersenyum dan makin terbuai dengan rayuanmu. Tidak ! tidak akhi ! aku ingin kau puji setelah kau halal bagiku dan aku halal bagimu. Maka datangilah waliku akhi….ku tunggu pinanganmu..

Akhi..

Tak akan aku langgar iffah ku dengan ajakan khalwat dari mu. Engkaupun sebenarnya tau hal itu hanya akan menimbulkan badai kelabu yang membuatkan kita tak berdaya kerana pihak ketiga tak lain tak bukan syaitan yang sentiasa ada berdekatan kita. Maka datangilah waliku akhi….ku tunggu pinanganmu..

Akhi..

Jagalah sikapmu padaku, maka akanku jaga sikapku padamu..aku lemah akan sanjunganmu. Kecintaan ini inginku persembahkan untuk suamiku kelak. Jadi bagaimana mungkin aku mencinta pada hal ianya tidak halal bagiku, tentu Allah tak akan pernah redho padaku. Maka datangilah waliku akhi….ku tunggu pinanganmu..

Akhi..

Jilbabku untuk melindungi kehormatanku, santunku untuk menjaga iffahku . Jangan kau lenakan aku agar diriku melepaskan kehormatan di hadapanmu sebelum engkau halal bagiku dan aku halal bagimu. Aku ingin engkau ikut menjaga kehormatanku dengan menjaga diriku, bukan membawa pada kenistaan. Agar kau mampu menjagaku secara rasmi, maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

Akhi..

Aku memang tak sesempurna Aisyah dalam kecerdasan nya ataupun Fatimah dengan kelembutannya. Tapi aku akan berusaha untuk menjadi cerdas seperti Aisyah dalam naunganmu dan aku akan berusaha menjadi selembut Fatimah dalam menenangkanmu. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

Akhi..

Kau memang tak sehebat Ali ataupun sekuat Umar, tapi kau akan menjadi hebat seperti Ali ketika kau menjagaku dalam kelemahanku dan kau akan menjadi sekuat Umar agar aku tidak selalu menjadi tulang rusukmu yang bengkok. Aku memerlukan imam yang mampu menjaga keimanan, bukan yang membawaku kepada jurang kemaksiatan. Maka datangilah waliku akhi…ku tunggu pinanganmu..

Sungguh, aku memang tidak mampu menahan dikala aku jatuh hati, tapi aku tidak akan membiarkan pesonaku mempengaruhimu hanya kerana cinta yang berlandaskan nafsu. Bukanlah jatuh cinta bila kau mengajakku kepada kemaksiatan. Bila kau jatuh cinta padaku, jangan kau bebankan deritamu pada hati yang akan memaksamu untuk berbuat nista. Izinkan aku menjaga hatimu, agar kita dapat bersama ke Jannah Nya. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..












Saturday, October 8, 2011

I LOVE YOU

  • 2 Insan yang sangat penting dalam hidup ku....
  • 2 Insan yang sering memberi peringatan kepada ku...bahawa dunia ini penuh dengan cabaran....
  • 2 Insan yang sanggup melayan segala karenah, gelagat nakal ku.....
  • 2 Insan yang sanggup berkorban kan apa saja untuk ku......
  • 2 Insan yang sentiasa ada, kira masa, susah, senang, sedih, gembira..
  • 2 Insan ini....adalah sumber semangat buat ku....
  • 2 insan yang amat berharga.....ayah dan ibu...engkau Inspirasi KU.....



بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka


Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas

kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku



Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu

ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.


Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..